. . RAPUH macam ranting kayu . .

Dear Princess Wawa ,

Assalamualaikum w . b . t .

Hari nih Wawa nak kongsi dengan pembaca budiman sekalian ...
Ini lirik lagu Opick - RAPUH ...

hayati yah !

Detik waktu terus berjalan
Berhias gelap dan terang
Suka dan duka
Tangis dan tawa
Tergores bagai lukisan
Seribu mimpi berjuta sepi
Hadir bagai teman sejati
Di antara lelahnya jiwa
Dalam resah dan air mata
Ku persembahkan kepada Mu
Yang terindah dalam hidupku

Meski ku rapuh dalam langkah
Kadang tak setia kepada Mu
Namun cinta dalam jiwa
Hanyalah pada Mu
Maafkanlah bila hati
Tak sempurna mencintai Mu
Dalam dada ku harap hanya
Dirimu yang bertakhta

Detik waktu terus berlalu
Semua berakhir pada Mu

Memang ....
Benar ... kadang-kadang kita nih tak sedar ....
kita nih lemah macam ranting kayu ...
lemah iman kita...
mudah di patahkan ...
Tapi ... jangan lah sampai iman dan aQidah kita pulak terjejas ...
Jadi , mari kita memupuk rasa cinta kita kepada Yang Maha Pencipta ..
Cinta kepada Allah Cinta Abadi .
# mari berubah ... Ramai tang mampu berubah , tapi ramai ke yang mampu istiQamah ?
KEPADA PEMBACA YANG BUDIMAN SEKALIAN ,
perubahan yang berjaya ialah perubahan yang datang dari hati yang ikhlas kerana Allah dan kerana rasa cinta kita kepada-Nya yang membolehkan kita melakukan apa sahaja  untuk-Nya  . .


Sekian . .
Wassalam . .

by:~

. . happy teacher's day :) . .

Dear Princess Wawa ,

Assalamualaikum w . b . t .

16 MEI 2012 .
Sempena hari Guru ini , Wawa nak  ucapkan :
" Happy teacher's day to all the teachers  in Malaysia.
Especially to my dedicated teachers who had taught me.
" A teacher is like a compass that activate the magnet of curiosity , knowledge and Wisdom in their students ."

So, Happy Teacher's Day .




# thank you teacher .

To All My Dear Readers :
Thanx for spending your time to read my post .

Thats all . .
Wassalam . .


by :~
 

. . renungan bersama . .

Dear Princess Wawa 


Sekadar santapan rohani .


Sekian ..
Wassalam ..

by :~

. . Alhamdulillah . Kali ini saya sudah PASTI ! . .

Dear Princess Wawa ,

Asasalamualaikum w . b  . t .


Sekali tengok gambar anime nih , cukup boleh memberi gambaran akan keadaan Wawa sekarang ..
Cukup tenang dan diulit sekali dengan perasaan gembira serta syukur kepada Allah .
Ingin sekali Wawa ucakan kalimah agung " ALHAMDULILLAH "

Wawa rasa cukup bersyukur dan positif ..
sangat positif dan tenang .
haha.. tak tahu lah kenapa asyik ulang perkataan " positif , tenang, dan bersyukur "

Mesti pembaca budiman sekarang tertanya-tanya ,  
" kenapalah dengan admin blog aduhai princess Wawa nih kan ? ''

haa..
Kalau nak tahu , Wawa rasa tenang sekarang selepas  belajar apa itu erti reda atas apa yang tejadi ..
Hal ini ada sedikitlah berkait dengan peristiwa 21 Mac 2012 yang lalu .
I admit that it is not easy to rebuild myself .
I am telling the truth .
Life is like a circle , sometimes we are at the top and sometime we are not .
And I believe on this.
 Even the great business men will admit the same thing .

Bukan mudah kita nak bangunkan semula semangat diri sendiri bila dah jatuh..
Jujurnya, itu semua memerlukan sokongan yang padu daripada semua orang yang di sekeliling kita kan . Terutamanya ibu bapa dan keluarga kerana mereka lah individu yang sering berada di sisi kita . 
Terima kasih lah kita kepada Allah kerana Dia telah memberi ujian kepada kita .
Hanya dengan cara itu , kita akan insaf dan sedar bahawa Allah itu amat menyayangi kita dan kerana kasih sayang-NYA itu telah memberi kita dugaan dan ujian hidup .
Hanya dengan ujian itu lah  kita akan rasa dekat kepada Allah .
Lihatlah , betapa Allah menyayangi kita ini sebagai hambaya .
Terima kasih Ya Allah .. :)



ok ..
Apa yang Wawa nak type di sini ialah tentang hala tuju lepas meninggalkan alam persekolahan .
Ok , macam nih .. Alhamdulillah sangat-sangat sebab Wawa dapat tawaran untuk sambung belajar .


Firstly , Wawa dapat tawaran menyambung pelajaran ke Kolej Matrikulasi Johor . Program Sains selama 1 tahun .


Kemudian , pada 7 Mei 2012 yang lalu , Wawa dapat lagi 1 tawaran UPU ...
Wawa dapat tawaran untuk mengikuti program diploma kejuruteraan kimia di uitm..

Ramai orang kata yang kejuruteraan kimia nih susah dan tak ramai perempuan ambil program ini .
Tapi , atas minat Wawa , program ini juga yang dimohon.


Memang mula-mula susah sangat nak buat keputusan untuk pergi ke mana .
Tapi lepas mengambil kira semua pandangan dari Bonda , Ayahanda dan Kakanda Wawa , 
Akhirnya Saya Sudah Pasti !
~ no more doubt  ~


Wawa akan pergi sambung belajar di Kolej Matrikulasi Johor .
Lepas itu , Wawa nak ambil program perubatan untuk jadi doktor.


Pembaca yang budiman sekalian , 
doakan Wawa berjaya  yah ! :)


Memang dari kecil lagi Wawa dah simpan niat nak jadi seorang doktor . Dan sekarang Wawa rasa Wawa berada di laluan yang betul .
Walaupun rezeki Wawa bukan di asasi , namun Allah beri Wawa peluang untuk ke matrikulasi.

Jadi Wawa betul-betull berharap yang impian yang Wawa semat sejak dari kecil tuh menjadi impian .
Insya-Allah..



Terus terangnya , memang susah untuk tentukan apa yanga kita minat .
Kadang-kadang kita sendiri tak tahu apa yang kita minat kan ?
Tapi , kalau kita minat akan sesuatu , jantung kita akan berdegup dengan kencang berbanding dengan kadar yang biasa..
Wawa pun alami benda yang sama .
Biasalah , remaja selalu berada dalam dilema kan ..
Mula-mula Wawa dari kecil lagi Wawa nak jadi seorang doktor .
Lepas tuh , bila dah naik sekolah menengah , dah jumpa subjek sejarah , kimia dan fizik , hati mulai berubah wei ..
Masa tuh rasa macam nak ambil bidang kejuruteraan jer .
Bila lepas SPM nih , Wawa tanya pada hati , nak pergi bidang mana ..
" nak ambil MEDICAL atau LAW atau ENGINEERING ? "
Bila Wawa bayangkan jadi seorang doktor , jantung masa tuh berdegup kencang .
ha... saat itu lah Wawa pasti yang Wawa sebenarnya minat bidang perubatan .
Sebab apa perlu tanya hati ...
Sebab ada orang kata ,
" hati tak pernah menipu . "


Jadi, itulah yang Wawa akan tuju .

Now , I have a mission.
Moga menjadi kenyataan ^^,



Alhamdulillah , lepas buat keputusan macam nih , rasa lega sangat . 


Rasa tenang sekali .
Memang betul kan  orang kata , " gagal sekali bukan bererti gagal selamaya " .


Alhamdulillah .


Yang penting kena selalu bersabar dan bersyukur bila datangnya ujian ...

Daripada situlah kita akan rasa berlapang dada dan jiwa tak akan memberontak .


Jadi , dengan kalimah Bismillah , Wawa akan mulai kehidupan baru yang bakal ditempuh .




# Nak jadi orang baru dengan matlamat yang lebih jelas dan positif .


KEPADA PEMBACA YANG BUDIMAN SEKALIAN : 
thanx sebab sudi membaca .
bersyukurlah kepada Allah .




Sekian ..
Wassalam ..


by :~

. . seram sejuk dibuatnya . .

Dear Princess Wawa ,

Assalamualaikum w . b . t .

hurmm... rasanya dah lama juga Wawa tak meng-update blog Wawa nih ...
Sorry arh... Sebab agak sibuk  dengan virus drama korea yang melanda diri ini sehingga terpaksa dikuarantinkan selama berminggu-minggu...
* haha.. bajet  gituh.. *
Apa yang jelas sekarang , virus dram korea itu sedah tidak menular dan " under control " ok..
Ini sebab penangan drama " naughty kiss " dan juga " boys over flower ..
meh tengok sikit promo drama tuh ..

 nih  drama naughty kiss .

and  another one is  :



Boys over flower .


tuh lah Wawa .. nih time tak ada kerja nak dibuat .. sebab tuh terkena virus drama korea.
haha...

Tarikh hari ini ialah : 7 Mei 2012 .
hari ini, semakan kemasukan ke upu keluar ...
Yang buatkan Wawa seram sejuknya nih , tu lahhh.. sebab semak upu hari ini ..
Wawa harap , Wawa dapat apa yang Wawa mohonkan tuh ..
Risaunya Wawa sampai terbawa ke dalam mimpi...


Cuba tengok anime atas nih ..
ha... macam tuh lah Wawa ..
Asyik duduk menghadap depan netbook  nih ...
Menanti keputusan yang baka diterima ...
Wawa diberitahu , keputusannya sekitar jam 12.00 tengah hari ini ...

Bukannya apa , Wawa rasa macam 'excited ' sangat nak ' study ' balik...
Lepas 5 bulan tinggalkan alam pesekolahan , rasa macam rindu semacam nak pergi belajar .

Wawa rindu nak pegang buku tebal, rindu rasa takut nak ambil exam dan result , nak masuk library , buat eksperimen di makmal , nak selesaikan masalah yang macam nak pecahkan kepala otak , rindu nak buat presentation...
Macam - macam lagi  lah ...
haha..

Sebab dah lama tak perah minda... rasanya mcam dah " rusting " 
Tapi , macam yang orang selalu kata , kalau kita nak menuntut ilmu baik , insya-Allah , semua pintu ilmu akan terbuka untuk kita dan dipermudahkan oleh Allah ..
Right ?
" dengar tuh Wawa , jangan nak advance sangat.. sabar .. "
haha..

Apa pun , pembaca yang budiman ,  doakan Wawa yah ^^,v
...
Wawa : chaiyokk !
           fighting !

# Ya Allah , permudahkanlah niat baik kami sama ada untuk di akhirat mahupun dunia ini ..
ameenn..

KEPADA PEMBACA BUDIMAN YANG SEKALIAN :
Thanx sebab baca . Dan moga anda semua sentiasa di bawa naungan rahmat Allah ..


Sekian . .
Wassalam  . .

by :~