Asasalamualaikum w . b . t .
Sekali tengok gambar anime nih , cukup boleh memberi gambaran akan keadaan Wawa sekarang ..
Cukup tenang dan diulit sekali dengan perasaan gembira serta syukur kepada Allah .
Ingin sekali Wawa ucakan kalimah agung " ALHAMDULILLAH "
Wawa rasa cukup bersyukur dan positif ..
sangat positif dan tenang .
haha.. tak tahu lah kenapa asyik ulang perkataan " positif , tenang, dan bersyukur "
Mesti pembaca budiman sekarang tertanya-tanya ,
" kenapalah dengan admin blog aduhai princess Wawa nih kan ? ''
haa..
Kalau nak tahu , Wawa rasa tenang sekarang selepas belajar apa itu erti reda atas apa yang tejadi ..
Hal ini ada sedikitlah berkait dengan peristiwa 21 Mac 2012 yang lalu .
I admit that it is not easy to rebuild myself .
I am telling the truth .
Life is like a circle , sometimes we are at the top and sometime we are not .
And I believe on this.
Even the great business men will admit the same thing .
Bukan mudah kita nak bangunkan semula semangat diri sendiri bila dah jatuh..
Jujurnya, itu semua memerlukan sokongan yang padu daripada semua orang yang di sekeliling kita kan . Terutamanya ibu bapa dan keluarga kerana mereka lah individu yang sering berada di sisi kita .
Terima kasih lah kita kepada Allah kerana Dia telah memberi ujian kepada kita .
Hanya dengan cara itu , kita akan insaf dan sedar bahawa Allah itu amat menyayangi kita dan kerana kasih sayang-NYA itu telah memberi kita dugaan dan ujian hidup .
Hanya dengan ujian itu lah kita akan rasa dekat kepada Allah .
Lihatlah , betapa Allah menyayangi kita ini sebagai hambaya .
Terima kasih Ya Allah .. :)
ok ..
Apa yang Wawa nak type di sini ialah tentang hala tuju lepas meninggalkan alam persekolahan .
Ok , macam nih .. Alhamdulillah sangat-sangat sebab Wawa dapat tawaran untuk sambung belajar .
Firstly , Wawa dapat tawaran menyambung pelajaran ke Kolej Matrikulasi Johor . Program Sains selama 1 tahun .
Kemudian , pada 7 Mei 2012 yang lalu , Wawa dapat lagi 1 tawaran UPU ...
Wawa dapat tawaran untuk mengikuti program diploma kejuruteraan kimia di uitm..
Ramai orang kata yang kejuruteraan kimia nih susah dan tak ramai perempuan ambil program ini .
Tapi , atas minat Wawa , program ini juga yang dimohon.
Memang mula-mula susah sangat nak buat keputusan untuk pergi ke mana .
Tapi lepas mengambil kira semua pandangan dari Bonda , Ayahanda dan Kakanda Wawa ,
Akhirnya Saya Sudah Pasti !
~ no more doubt ~
Wawa akan pergi sambung belajar di Kolej Matrikulasi Johor .
Lepas itu , Wawa nak ambil program perubatan untuk jadi doktor.
Pembaca yang budiman sekalian ,
doakan Wawa berjaya yah ! :)
Memang dari kecil lagi Wawa dah simpan niat nak jadi seorang doktor . Dan sekarang Wawa rasa Wawa berada di laluan yang betul .
Walaupun rezeki Wawa bukan di asasi , namun Allah beri Wawa peluang untuk ke matrikulasi.
Jadi Wawa betul-betull berharap yang impian yang Wawa semat sejak dari kecil tuh menjadi impian .
Insya-Allah..
Terus terangnya , memang susah untuk tentukan apa yanga kita minat .
Kadang-kadang kita sendiri tak tahu apa yang kita minat kan ?
Tapi , kalau kita minat akan sesuatu , jantung kita akan berdegup dengan kencang berbanding dengan kadar yang biasa..
Wawa pun alami benda yang sama .
Biasalah , remaja selalu berada dalam dilema kan ..
Mula-mula Wawa dari kecil lagi Wawa nak jadi seorang doktor .
Lepas tuh , bila dah naik sekolah menengah , dah jumpa subjek sejarah , kimia dan fizik , hati mulai berubah wei ..
Masa tuh rasa macam nak ambil bidang kejuruteraan jer .
Bila lepas SPM nih , Wawa tanya pada hati , nak pergi bidang mana ..
" nak ambil MEDICAL atau LAW atau ENGINEERING ? "
Bila Wawa bayangkan jadi seorang doktor , jantung masa tuh berdegup kencang .
ha... saat itu lah Wawa pasti yang Wawa sebenarnya minat bidang perubatan .
Sebab apa perlu tanya hati ...
Sebab ada orang kata ,
" hati tak pernah menipu . "
Jadi, itulah yang Wawa akan tuju .
Now , I have a mission.
Moga menjadi kenyataan ^^,
Alhamdulillah , lepas buat keputusan macam nih , rasa lega sangat .
Rasa tenang sekali .
Memang betul kan orang kata , " gagal sekali bukan bererti gagal selamaya " .
Alhamdulillah .
Yang penting kena selalu bersabar dan bersyukur bila datangnya ujian ...
Daripada situlah kita akan rasa berlapang dada dan jiwa tak akan memberontak .
Jadi , dengan kalimah Bismillah , Wawa akan mulai kehidupan baru yang bakal ditempuh .
# Nak jadi orang baru dengan matlamat yang lebih jelas dan positif .
KEPADA PEMBACA YANG BUDIMAN SEKALIAN :
thanx sebab sudi membaca .
bersyukurlah kepada Allah .
Sekian ..
Wassalam ..
by :~
No comments:
Post a Comment