. . maksud di sebalik warna bunga ros . .

Dear Princess Wawa  ,

Assalamualaikum w . b . t . 

Lama juga ya Wawa tak " update " blog ini .
Apapun , kali ni , Wawa nak kongsi sedikit dengan pembaca blog Wawa yang budiman 
sekalian .
Cuba baca tajuk post ni .. alahh ,, yang kat atas tuh ... 
* mata mencari-cari tajuk post yang dimaksudkan  * 
Tajuk : Maksud di sebalik warna bunga ros ..
haa... tahu tak ,setiap bunga ros itu ada maknanya yang tersendiri tau .
Siapa tahu , angkat kening sebelah ..
haaa... acam mana tuh .. haha .. :P
Yang mana tak tahu tu , atau yang masih samar-samar mengenai hal ini , Wawa ajak pembaca budiman sekalian untuk membaca post Wawa kali ni .. ok ? ~

Nak mula dengan warna apa dulu erk ?
Warna putih , ok tak ?

ROS PUTIH .



Ros putih melambangkan kesucian , kehormatan , keperibadian dan juga rasa tidak 
bersalah .
Bunga ini juga biasa dilihat ketika waktu perkahwinan . Yang memberi bunga ros warna putih ini juga melambangkan yang pemberi ini juga seorang yang berniat tulus ikhlas dalam perhubungan. haa ... *sweet *
tuhdiaa ** haha.. 

ROS MERAH


Ros merah nilah yang paling laris di kedai bunga tau . Macam pisang goreng panas . 
huhu ...
Bunga ros warna merah ni melambangkan cinta yang romantik . 
Tapi pembaca yang budiman sekalian tahu tak , bunga ros warna merah juga diberi kepada seseorang sebagai tanda keberanian dan untuk mengucapkan tahniah kepada seseorang itu ..

ROS PINK/ MERAH JAMBU


Cantik ! Ros warna pink nih .
Ros pink nih maksudnya ... anda gay ..???
ha... tak lah ... gurau saja yah.. jangan marah .. m_m'
Ros pink ni melambangkan romantik , kebahagiaan dan tanda kita minat terhadap seseorang tu .
Ada minat sesiapa tak ? kalau anda minat kat seseorang tuh , anda boleh beri mereka ros pink sebagai tanda anda ni " secret admirer " si dia tuh .
Andai kata anda terhutang budi sangat-sangat dan ingin sangat ucapakan terima kasih kepada seseorang tuh , bunga ros pink nih juga sesuai untuk dijadikan pilihan.
Selain itu , kalau anda terlihat ada lelaki yang selit ros pink nih di poket kot mereka.... maknanya... hurmmm .... faham-faham sendirilah yer ..
tapi apapun , warna pink nih memang sweet lah kan .

ROS KUNING


Biasanya , orang akan " frust " bila dapat ros kuning ..
Ros kuning ni melambangkan perahabatan . Jadi , kalau anda dapat ros warna kuning nih ... faham-fahamlah ya ! hik ~
Selain itu , ros warna kuning ini juga diberi sebagai tanda kita nak ucapkan selamat datang atau  " welcome back " .
Kalau ada wanita yang baru bergelar ibu , ros kuning ini juga sesuai untuk diberi kepada mereka .
Ros kuning juga sesuai diberi kepada mereka yang bergraduasi .
kalau Wawa bergraduasi pun , Wawa nak juga ros pink.. tak nak ros kuning.
haha * demand pulak ! *

 ROS PEACH



Ros peach nih membawa maksud kesyukuran . Ros ini juga sesuai diberi kepada orang yang sakit sebagai tanda simpati kita kepada si pesakit . Jadi , lepas nih , kalau nak ziarah orang sakit , bagilah bunga nih .
Bunga nih juga sesuai untuk diberi kepada mereka yang tengah sedih  ..  sedih sebab putus cinta ke ... atau sedih sebab apa-apa .
Tapi kalau orang tuh tengah sedih janganlah pula kasi ros hitam .. nanti makin sedih pulak orang tuh ..

ROS OREN/JINGGA



Ceria pula bila tengok ros oren ni .
Ros oren nih bermaksud " aku bangga terhadammu " atau " aku inginkan kamu "
Warna oren yang ceria ini memberi aura tenaga dan juga harapan untuk mendapatkan kebahagiaan dalam perhubungan .
Bak kata fairy tale , " they live happy ever after "
hik ... ~ memandai jer Wawa nih ..

ROS UNGGU/PURPLE



Wahh ! bila tengok ros purple nih ... cantiknya  !
Wawa nak ros purple cam nih .. :P
Ros purple ni membawa erti tanda cinta juga tapi lebih kepada cinta pandang pertama .
Ros ni melambangkan kemegahan dan rasa cinta yang terpendam dan tidak terucap .

ROS BIRU



Wawa sebenarnya tak pernah tengok bunga ros biru sebelum ni .
Tapi , cantik juga erk bunga ros biru nih ..
Biasanya , ros biru nih bererti sesuatu yang tidak mungkin atau mustahil untuk tercapai .
Bak kata lagu Elyana , tak tercapai di akalmu .
alahh ... lebih kurang  " mission impossible " gituh ..

ROS HITAM



huh ... nampak macam tragsi jer bila tengok ros hitam ni ~!...
Sekali tengok macam bunga ros yang dah kering .. tak pon macam bunga yang dah terbakar .
hehe ..
Bunga ni melambangkan kesedihan dan selamat tinggal .
Ros hitam ni juga bermaksud keinginan untuk memulakan kehidupan yang baru dan ingin melupakan perkara lepas .


# rasa-rasanya kalau diberi pilihan , anda nak bunga ros warna apa ?
Kalau Wawa .... aishh ~~
biar Wawa sahaja yang pergi beli sendiri yah ~
haha..  :P
*gituhh..
KEPADA PEMBACA YANG BUDIMAN SEKALIAN :
terima kasih kerana membaca post Wawa kali ini ..
Harap post ini dapat memberi anda serba sedikit info yang berguna .

Sekian .
Wassalam .


by :~

No comments: