.. Tetepkan Hati mu Wahai Insan ..


Wahai Pembaca Budiman , 

Alhamdulillah, dengan limpah kurniaan Allah, kita masih diberi ruang dan peluang untuk bernafas hari ni.



Mari kita mulakan hari ini dengan " alhamdulillah " dan juga, " bismillah" mudah-mudahan urusan kita hari ini di  permudahkan Allah .  Harapnya..

Lepas dah lama tak meng-update blog ini , hari ni barulah Wawa ada kesempatan untuk meng-update post.



Wahai Insan yang Budiman , 

Islam itu indah. 


Islam itu sebuah agama yang memberi panduan kepada umatnya dari sekecil-kecil hal seperti adab  bangun pagi dan sebagainya sehinggalah sebesar-besar hal dalam hidup kita seperti adab dalam memerintah.

Islam itu sendiri sebuah agama yang sentiasa menjelaskan sebab dan reason bagi setiap hal yang diperintahkan oleh Rabbi kepada hamba-hambanya.

Ma Shaa Allah, indah nya! bersyukurlah kita kerana menjadi di kalangan orang yang medapat nikmat Islam.


Jom sama-sama kita amalkan doa ini agar ditetapkan hati .


Maksudnya : Wahai tuhan yang membolak-balikkan  hati , tetapkan lah hati ku ke atas agama Mu ( Islam )

Wawa nak kongsi sebuah cerita yang pernah diceritakan oleh seorang ustaz .
Baginda Nabi Muhammad S.A.W selalu membaca doa ini (seperti di atas) .
Lalu , Aisyah , isteri baginda bertanya kepada Nabi Muhammad S.A.W , 
" Ya Rasulullah , kenapa kamu selalu membaca doa itu ?"
" Wahai Aisyah , bukankah Allah mengajar kita sebagai hambanya untuk meminta pada-Nya agar tak dipesongkan hati setelah di beri hidayah ? '' jawab baginda .

Nabi Muhammad S.A.W , utusan Allah, kekasih Allah , seorang yang Ma'sum (tiada dosa) dan juga yang memang ' confirm ' masuk ke syurga, tetepi baginda sentiasa membasahkan lidahnya dengan membaca doa itu agar ditetapkan hati . 
Jika begitu tingkah baginda yang dijamin akan masuk ke syurga , ini apatah lagi kita yang belum tahu masuk ke syurga atau tidak kan ?
Mari kita sama - sama muhasabah diri ya ..

Allah berfirman dalam Al-Quran :



Wahai Tuhan kami! Janganlah Engkau memesongkan hati kami sesudah Engkau beri petunjuk kepada kami, dan kurniakanlah kepada kami limpah rahmat dari sisiMu; sesungguhnya Engkau jualah Tuhan Yang melimpah-limpah pemberianNya. 
(al - imran 8)

hurmmm..
Nampak tak yang Allah sendiri sudah memerintahkan kepada kita manusia yang pelupa ini agar sentisa berdoa memohon kepada-Nya setelah diberi hidayah agar Allah tidak dipesongkan hati .

Begitu cantik dan tersusunnya Al-Quran yang kita jadikan sebagai 'guideline' dalam hidup kita .

Sebenarnya, banyak doa yang boleh kita amalkan agar kita ditetapkan hati .
Wawa kongsi serba - sedikit ya .




Jomlah wahai pembaca yang budiman sekalian.. mari kita sama - sama berubah ke arah kebaikan..

word without action is nothing.
Kita kata nak berubah, berubah lah sedikit- demi sedikit dan istiqamah . 
In Shaa Allah , Allah akan terus meberi hidayah dan petunjuk..
Hidayah kan  milik Allah.
Berdoalah agar kita sentisa dilapangkan dada dan hati kepada syiar Islam.
Agar hati kita tak terpesong dan meragui terhadap Islam.
Perbanyakkanlah membaca Al-Quran dan solat agar kita mejadi hambanya yang diredhai ..
In Shaa Allah .




KEPADA PEMBACA YANG BUDIMAN SEKALIAN :
terima kasih kerana sudi melapangkan dada dan masa anda untuk membaca .
Semoga post ini menjadi sesuatu yang bermanfaat untuk kita semua .


Sekian ..
Wassalam ..



by :~