Dear pembaca budiman ,
Daripada Ibn Umar r.a , Rasulullah s.a.w bersabda ,
" kurangkanlah dari bercakap selain dari berzikir kepada Allah ,
kerana sesungguhnya orang yang banya bercakap selain berzikir kepada Allah ,
hatinya menjadi keras.
Dan orang yang paling jauh dari Allah ialah orang yang berhati keras ''.
BERCAKAP, BERBUAL dan BERSEMBANG memang tak dapat dipisahkan dari kehidupan seharian .
Hampir setiap perkara dalam kehidupan kita memerlukan kita bercakap dengan orang lain .
Tapi , persoalannya , adakah setiap pertuturan dan percakapan kita itu adalah mengingati Allah ?
Dear Pembaca Budiman ,
Sebagai manusia biasa, mungkin kita takk mampu mengucapkan kata -kata zikir 24 jam sehari tak henti - henti . Jika boleh , Alhamdulillah . Sudah elok .
Tapi , kita kena sedar , kita sebagai manuasia biasa .
Cuba kita muhasabah diri kita , adakah kita banyak bercakap yang sia sia ? gelak tawa yang sia sia ?
jika YA , maka ingatlah , Nabi Muhammad saw , telah beri peringatan kepada kita bahawa kita berpotensi menjadi orang yang berhati keras. Apabila kita berhati keras, di akhirat kelak , kita akan menjadi orang yang paling jauh dengan Allah ?
mahukah kita ?
Jangan . Nau'zubillah pembaca sekalian.
Sudah pasti kita tak mahu tergolong dalam golongan yang paling jauh dari Allah bukan ?
Bagaimana kita hendak meminta pada Yang Maha Kuasa agar kita memperoleh syurganya jika kita menjadi orang yang peling jauh dari Allah ?
Bila kita menjadi orang yang berhati keras, bagaiman kita hendak doa kita didengari dan diangkat oleh Allah ?
Ibu atau bapa yang ingin mendoakan untuk kejayaan anaknya ,
anak yang ingin mendoakan untuk kesejahteraan ibu bapanya yangt sudah tiada ,
bagaiman Allah ingin mendengar doa kita sedangkan kita jauh dari Allah ?
Mungkin , ada yang tertanya tanya , kalau kita tak mampu berzikir, bertasbih dan bertahmid 24 jam sehari , bagaimana pula kita nak mengingati Allah ?
Wahai pembaca budiman ,
Persoalan ini ada jawapannya , In Sha Allah , kita cuba aplikasikan perkara perkara ini dalam kehidupan seharian kita ya .. ^^,
Yang pertama , cuba kita mengelakkan dari bergosip, mengumpat , dan yang seangkatan dengannya. Seperti yang sudah sedia maklum , dosa mengumpat itu seperti membunh saudara sendiri .
Dosanya sahaja sudah sebegitu besar, bagaimana pula hendak medekati Allah agar Allah mendengar doanya?
* renung-renungkan ..
Yang kedua , biar wawa beri analogi ya .
contoh #1 :
Kita siap assignment , atau presentation kita berjalan lancar , atau kerja kita siap .
kenapa tidak kita mengungkapkan sebegini : Alhamdulillah , Allah mempermudahkan urusanku .
contoh #2 :
dari segi makanan atau minuman ,
kenap tidak kita mengungkapkan sebegini : Ma Shaa Allah , sedapnya makanan ini .
Apa yang wawa nak sentuh disini ialah , cuba kita mengaitkan perbualan seharian kita dengan Allah , seperti contoh di atas. Sebutlah kalimah -kalimah yang baik, dan kaitkanlah pertuturan kita dengan menyebut nama Allah . Ini juga sebahagian daripada cara kita berzikir , mengingati Allah.
yang ketiga , elakkan dari menyebut kata-kata yang kesat kerana jika kita berkata -kata kesat kepada orang , seolah oleh , kita hilang hormat pada diri sendiri .
Kenapa pulak hilang hormat pada diri sendiri ?
Mungkin ada yang tertanya tanya , ini jawapannya .
Jika sekali kita melemparkan kata kata kesat kepada seseorang , sudah tentu , orang itu akan mengingatinya . Kita semua manusia biasa yang ada had kesabaran , penuh amarah .
mahukah kita , nama kita dikenang kerana sikap kita yang sering berkata kesat ?
Kita bercakap, telinga kita mendengar , mulut kita menyebut .
Mahukah kita di akhirat kelak , telinga dan mulut ita mengaku di hadapan Allah s.w.t ,
"Ya Allah di sepanjang hidup orang ini , dia sering berkata kesat dan dia jauh daripada mu wahai Allah " .
Mahu kah kita ?
Dear pembaca budiman sekalian ,
Mari , kita sama-sama muhasabah diri ya .
elakkanlah dari bercakap selain dari mengingati Allah .
Formula untuk melembutkan hati senang sahaja dan boleh diaplikasikan dalam kehidupan seharian .
Bacalah surah Al-Inshirah dan doa penenang hati . Kerapkanlah untuk beristighfar .
Berdoalah agar Allah melembutkan hati kita dan agar hati kita disinari nur Nya .
SEMOGA PERCAKAPAN KITA TIDAK SIA-SIA DAN MENJADI SEBUAH KEBAJIKAN .
In Shaa Allah .
KEPADA PEMBACA YANG BUDIMAN :
terima kasih kerana sudi melapangkan dada dan masa anda untuk membaca .
Semoga post ini menjadi sesuatu yang bermanfaat untuk kita semua .
Sekian ..
Wassalam ..
by :~