Assalamualaikum w . b . t . ~
Hari ini , Wawa nak kongsi sikit info yang berguna dan bermanfaat kepada kita semua .
Kata orang , ' tangan yang memberi lebih baik dari tangan yang menerima ' .
' Statement ' ini bermaksud kalau kita memberi sesuatu kepada orang lain ( bersedekah ) adalah lebih baik dari menerima .
Di sini , Wawa nak share sedikit tenteng amalan sunnah yang sering dilakukan oleh nabi
kita , Nabi Muhammad s.a.w. iaitu sedekah..
Sebelum Wawa cerita lebih lanjut , mari kita renungkan bersama sebuah hadis Baginda junjungan kita . Tapi , maaflah kerana Wawa hanya boleh type mafhumnya sahaja because tak ada tulisan jawi di sini ....
Nabi Muhammad pernah bersabda mafhumnya :
" Daripada Abu Hurairah , beliau berkata : Rasulullah bersabda :
Setiap sendi tubuh badan manusia menjadi sedekah untuknya pada setiap hari matahari terbit .
Kamu melakukan keadilan antara dua orang (yang berselisih faham) adalah SEDEKAH ,
kamu menolong orang menaiki kenderaan atau kamu mengangkat barang untuknya ke kenderaan adalah SEDEKAH ,
perkataan yang baik adalah SEDEKAH ,
setiap langkah kamu berjalan untuk menunaikan solat adaalahSEDEKAH ,
dan membuang perkara yang menyakitkan di jalan adalah SEDEKAH . "
Sedekah itu tak semestinya pemberian wang ringgit dan hanya terhad kepada mereka yang mempunyai wang, malah sebenarnya skop sedekah itu begitu luas. Seandainya kita tidak mampu memberi sedekah melalui wang , kita juga boleh melakukan hal-hal yang lain seperti yang dituntut dala hadis di atas .
Kita sebagai umat Islam seharusnya memahami dan menghayati hadis nabi kita dengan sedalam-dalamya kerana dengan cara itulah kita dapat tahu yang Islam ini mudah dan tidak sempit.
Based on the hadis , kita boleh highlightkan beberapa perkara . Contohnya , kalau kita menyelesaikan pergaduhan antara dua orang juga dikira sedekah . Menuturkan perkataan yang baik juga sedekah , berjalan menuju ke masjid untuk solat juga sedekah . Malah kalau kita alihkan ranting kayu di tengah-tengah jalan yang boleh mengganggu perjalanan orang lain juga dikira sedekah .
Yang paling basic sekali , setiap hari yang semua orang mampu buat ialah senyum . Senyum juga dikira sebagai sedekah . Senyum juga boleh jadikan kita awet muda tau .
* tetiba pulak jadi pakar kecantikkan .. haha ... gituh ..*
Kalau nak cerita pasal kebaikan sedekah , memang banyak ~!
Antaranya :
~ Mengundang datangnya rezeki
~ Menolak bala /musibah
~ Menyihatkan tubuh badan
~ Memanjangkan umur
~ Memperoleh pahala yang berterusan selagi sedekah itu dimanfaatkan oleh orang lain.
~ Menjauhkan sifat kedekut
Ini di antaranyalah... tapi sebenarnya , banyak fadhilat kalau kita bersedekah.
So , as the conclusion , bersedekah itu memebawa banyak faedeah dan berkah kepada kita.
Jadi , mari kita amalkan bersedekah kerana kita tak akn rugi sesen pun ok .. ^^,v
by :~
No comments:
Post a Comment