. . wawa reda . .

Dear Princess Wawa , 

Assalamualaikum w.b.t. 

Sekitar pengunguman keputusan SPM 2011  yang lalu ...
Alhamdulillah , semuanya berjalan lancar dan Wawa terima keputusan itu dengan berlapang dada dan mengharap agar Allah memberikan Wawa peluang dan rezeki yang lebih luas pada masa hadapan ..
ye lah , siapa yang tak nak tawaran sambung belajar dan biasiswa kan ... 
^^.v


Tapi , tipulah kalau Wawa kata Wawa tak tersentap dengan keputusan itu .
Sementara Wawa tengok kawan-kawan yang lain ambil keputusan mereka di pentas dewan itu , Wawa rasa macam tak ada perasaan . *blurr *
Masa itu , Wawa cuma mampu berserah segala-galanya kepada Allah . 


Bila Wawa dah dapat keputusan itu , Wawa tengok .. 
" haaa.... urmmm , tak lepas target ? "
itu yang terdetik dalam hati Wawa .
Rasa sedih terus menguasai hati . 






Masa itu , hanya mampu diam mengunci bibir dan beristighfar sebanyak mungkin .
Masa ambil keputusan tu , nasib baik ada Kakanda Wawa yang bagi kata-kata semangat agar Wawa tabah menghadapi dugaan dari Yang Maha Esa itu .
Mungkin ada 1001 hikmah Wawa dapat sebegitu .


Begitu banyak perkara yang Wawa fikir masa tuh . 
Air mata keluar juga sebab dah tak boleh tahan lagi . Sibuk memerhatikan gelagat rakan-rakan yang lain juga turut menangis . *tak tahulah mereka  nangis sebab apakan *
 Wawa sedih masa tuh sebab pengakhiran Wawa di sekolah itu agak kurang baik .
Tapi entah kenapa , adalah seorang kawan Wawa masa tuh kata :
" alah ok lah tuh , cuma satu subjek jer yang tak lepas target "
Wawa tersentap untuk kali kedua .
Wawa kata dalam hati , " sememangnya kamu tidak faham apa yang saya rasa "
Bukan kerana apa , Wawa tekad sebelum SPM , sejak tingkatan 4  lagi , 
begitu banyak perkara yang terjadi di sekolah sehingga membuatkan Wawa kadang kala rasa sedih , menangis  , dan  rasa hendak melakukan sesuatu yang terbaik untuk SPM 2011 .
Tetapi , apa yang diharapkan tak menjadi .


Sekarang nih , betullah orang kata , " kita hanya mampumerancang , Allah yang akan menentukannya .


Bila sampai di Palace Wawa ,
lega sikit hati nih .


Alhamdulillah , Bonda dan Ayahanda Wawa boleh terima keputusan itu . 


Tak lama lepas tuh , Wawa dapat satu panggilan dari salah seorang rakan sebaya yang sudah lama tidak jumpa sebab lain sekolah .
Dia telefon bukan nak tanya khabar , tapi hanya nak tanya keputusan sahaja .
Bukankah begitu  hebat tamparan itu ..?
Seketika Wawa terfikir , mana letaknya nilai-nilai persahabatan kita ?
OK lah , tahniah kepada anda kerana telah berjaya .
 
Ni dialog kami seterusnya :


DIA : So , lepas nih , kau nak ambil bidang apa ?
WAWA : entah , ambil kursus menjahit kot .
DIA : kalau macam tuh , baik kau terus kahwin sahaja .

CUKUP !
KAMU SUDAH BUAT HATI SAYA TERSENTAP , TERUSIK DAN TERKEDU UNTUK KALI KETIGA DALAM MASA SEHARI INI !
KAMU TAHU TAK SAYA SEDANG CUBA BANGKIT SEMULA , PUJUK HATI DAN REDA  BAHAWA KEPUTUSAN YANG CEMERLANG MUNGKIN TIDAK MENYEBELAHI SAYA KALI INI . 
BUKANKAH KAMU SEHARUSNYA LEBIH FAHAMI SAYA KERANA KITA SUDAH LAMA KENAL ?
BUKANKAH KAMU SEHARUSNYA MEMBERI SEMANGAT KEPADA SAYA UNTUK MENGHADAPI DUGAAN DARI ALLAH INI ? 
MUNGKIN REZEKI TIDAK MENYEBELAHI SAYA KALI INI , DAN MUNGKIN ALLAH INGIN MEMBERI SESUATU YANG LEBIH BESAR DARI KEPUTUSAN SPM INI KEPADA SAYA ..
SIAPA TAHU ?
KAMU TAHU ITU SEMUA ?
KAMU TAHU APA YANG ALLAH TELAH ATURKAN UNTUK KAMU DAN SAYA ?
KAMU TAHU APA YANG TELAH ALLAH ATURKAN UNTUK MASA DEPAN KAMU ?
TENTU TIDAK BUKAN ...?
SEMEMANGNYA ALLAH TELAH MENGATURKAN REZEKI  KITA .
KENAPA KAMU INGIN MERENDAH-RENDAHKAN PEKERJAAN TUKANG JAHIT  SEDANGKAN PEKERJAAN ITU HALAL ..?
SAYA TAHU KAMU INGIN MENGEJAR PEKERJAAN BERSTATUS TINGGI , 
TAPI , JANGANLAH SEHINGGA BERKATA SEDEMIKIAN .
 JIKA TIADA TUKANG JAHIT , APA YANG AKAN KAMU PAKAI ?
KAMU ADA TERFIKIR ?
JADI MENGAPA HARUS KAMU BERKATA SEDEMIKIAN SEDANGKAN ILMU DI DADA KAMU LEBIH TEBAL DARI SAYA ?
WALAUPUN KEPUTUSAN KAMU CEMERLANG , TAPI TIDAK BERERTI YANG KAMU BERHAK BERKATA APA SAHAJA .
 BUKANKAH HALAL PEKERJAAN ITU ?
BUKANKAH MANUSIA ITU SEHARUSNYA MENJADI SEPERTI 
PADI ?
PADI SEMAKIN BERISI , SEMAKIN MENUNDUK .
MANUSIA , SEMAKIN BERILMU , SEMAKIN MERENDAH DIRI .
USAHLAH KAMU MENGULANGINYA LAGI .
SAYA MEMBERI PERINGATAN BUKAN UNTUK KAMU SAHAJA , MALAH UNTUK DIRI SAYA JUGA .
MUHASABAHLAH DIRI KITA INI .
*
*
*
kenapa begitu yah ?
* MUHASABAH DIRI *
Sebenarnya , Wawa tak habis cakap lagi .
Wawa nak cakap , Wawa nak jadi tukang jahit manusia .
maksudnya , doktor pakr bedah .
Insya-Allah , kalau diizinkan Allah dan jika tiada aral yang melintang .
Doakan Wawa berjaya yah !

Tamat panggilan itu , Wawa pun hantar mesej kepada Fatihah .
Wawa , Fatihah dan Dia memang dah kenal lama sejak darjah 1 lagi .
Ni , Wawa nak kongsi apa yang Fatihah type :

" aku dapat _A jer .
aku bersyukur dan bangga pada keputusan dan diri aku walaupun aku tak secemerlang orang lain . lepas nih , aku nak ambil syariah , kau doakan aku . "


masya-Allah !
" lapangnya dada dia "
detik hati Wawa bila baca mesej dari Fatihah .

Timbul kesedaran dan keinsafan dalam diri Wawa . Wawa terfikir , kenapa Wawa nak 
sedih ? Percayalah , rezeki itu ada di mana-mana sahaja .
Kalau Wawa sedih pun , bukannya dapat ubah apa-apa pun .
Walaupun Wawa kurang berjaya kali ini , tak beerti Wawa akan gagal selamanya .
Tiada siapa tahu apa yang telah Allah aturkan dalam kehidupan kita .

Terima kasih Fatihah sebab sedarkan Wawa .

Terima kasih ya Allah  kerana memberi kesedaran kepada hamba-Mu yang kerdil ini .
Terima kasih Bonda , Ayahanda dan Kakanda Wawa yang banyak membantu .
Terima kasih cikgu sebab mengajar Wawa .
Terima kasih sahabat-sahabat sekalian kerana berusaha dan berdoa untuk kejayaan kita bersama ini .
*
*
*
SEMOGA KITA SEMUA BERJAYA DALAM APA JUA BIDANG YANG KITA CEBURI .
SEMOGA ALLAH MELANCARKAN DAN MEMUDAHKAN SEGALA URUSAN KITA DI AKHIRAT DAN DUNIA .
SEMOGA ALLAH MEMAKBULKAN SETIAP HAJAT BAIK KITA DI AKHIRAT MAHUPUN DI DUNIA .

# harus terus berdiri di kaki sendiri dan optimis 

KEPADA PEMBACA YANG BUDIMAN SEKALIAN :
maaf jika bahasa yang Wawa guna agak kasar .
jangan ambil hati ...sekadar renungan bersama.
terima kasih kerana meluangkan masa untuk membaca post Wawa kali ini .

Sekian .
Wassalam .

by : ~








2 comments:

Nora Karim said...

SPM bukan pengakhiran hidup dear... Jgn putus asa... Jauh lagi perjalanan kehidupan kita... anyway, congratulation!!

Wawa Hanyzah said...

thanx kak ... :) terima kasih sangat-sangat sebab bagi semangat kat Wawa nih .. :)