. . pernah tak tedetik di hati macam ini ? . .

Dear Princess Wawa ,

Assalamualaikum w . b . t .

Post kali ini , Wawa nak kongsi dengan pembaca yang budiman sekalian terutamanya pembaca yang dirinya bergelar sebagai  " WANITA ISLAM "

Untuk dibuat renungan .
Pernah tak terdetik seperti ini di hati seorang Muslimah ....?

:: bisikan hati seorang muslimah ::


" bukan saya tak mahu memakai tudung-tudung berfesyen sperti tren remaja sekarang, cuma saya takut azab allah, dan membakar rambut saya,apabila tudung yang dipakai tak menepati syariat "

" bukan saya tak mahu memakai baju-baju cantik dan sendat seperti wanita moden, cuma saya lebih takut nyalaan api neraka di akhirat kelak "

  " bukan saya tidak mahu memakai wangian di luar rumah, cuma saya tak mahu diaggap sebagai penzina seperti yang disebut dalam al-Quran "

" bukan saya tak mahu berhibur dan bercampur gaul lelaki dan wanita, cuma saya tak mahu mati dalam kebinasaan "

" bukan saya tidak mahu bersolek mengalah artis, cuma saya tak mahu tergolong dalam golongan yang berhias seperti orang jahiliyah. nau'zubillah "



>>> Bukan tak nak berpakaian seperti trend remaja sekarang , tapi bila teringat amaran Allah kepada kaum hawa sekiranya mendedahkan aurat , 
terus tak jadi nak berpakaian seperti itu .


Apa pun , menjaga aurat bagi seorang wanita Islam itu ialah WAJIB dan penting supaya terus berada dalam lindungan Allah dan terhindar dari segala kejadian yang tidak diingini . 


Bagi Wawa , Muslimah tidak perlulah iri hati dengan wanita bukan muslimah kerana Islam itu telah menyediakan platform yang mudah dan selamat bagi seseorang wanita itu untuk menjaga maruahnya . 
Jadi , perlukah kita mempersoalkan lagi apa yang telah ditetapkan oleh syarak ?
Sesungguhnya , Islam itu mudah dan kita sebagai umat janganlah memudahkannya lagi .
Dalam erti kata lain , berwaspadalah agar tidak menjadi orang yang melampaui batas.


" KITA IALAH APA YANG KITA PAKAI "
maksudnya , daripada pemakaian kita , akan terserlah keperibadian kita .
# berubah sebelum terlamabat .
KEPADA PEMBACA YANG BUDIMAN SEKALIAN :
Elakkan diri dari menjadi "tabaruj" ketika berhias diri ok ...
:)

Sekian .
Wassalam .

by :~




No comments: