Post kali ini , Wawa nak kongsi dengan pembaca yang budiman sekalian terutamanya pembaca yang dirinya bergelar sebagai " WANITA ISLAM "
Untuk dibuat renungan .
Pernah tak terdetik seperti ini di hati seorang Muslimah ....?
:: bisikan hati seorang muslimah ::
" bukan saya tak mahu memakai tudung-tudung berfesyen sperti tren remaja sekarang, cuma saya takut azab allah, dan membakar rambut saya,apabila tudung yang dipakai tak menepati syariat "
" bukan saya tak mahu memakai baju-baju cantik dan sendat seperti wanita moden, cuma saya lebih takut nyalaan api neraka di akhirat kelak "
" bukan saya tidak mahu memakai wangian di luar rumah, cuma saya tak mahu diaggap sebagai penzina seperti yang disebut dalam al-Quran "
" bukan saya tak mahu berhibur dan bercampur gaul lelaki dan wanita, cuma saya tak mahu mati dalam kebinasaan "
" bukan saya tidak mahu bersolek mengalah artis, cuma saya tak mahu tergolong dalam golongan yang berhias seperti orang jahiliyah. nau'zubillah "
>>> Bukan tak nak berpakaian seperti trend remaja sekarang , tapi bila teringat amaran Allah kepada kaum hawa sekiranya mendedahkan aurat , terus tak jadi nak berpakaian seperti itu .
Apa pun , menjaga aurat bagi seorang wanita Islam itu ialah WAJIB dan penting supaya terus berada dalam lindungan Allah dan terhindar dari segala kejadian yang tidak diingini .
Bagi Wawa , Muslimah tidak perlulah iri hati dengan wanita bukan muslimah kerana Islam itu telah menyediakan platform yang mudah dan selamat bagi seseorang wanita itu untuk menjaga maruahnya . Jadi , perlukah kita mempersoalkan lagi apa yang telah ditetapkan oleh syarak ? Sesungguhnya , Islam itu mudah dan kita sebagai umat janganlah memudahkannya lagi . Dalam erti kata lain , berwaspadalah agar tidak menjadi orang yang melampaui batas.
" KITA IALAH APA YANG KITA PAKAI " maksudnya , daripada pemakaian kita , akan terserlah keperibadian kita .
# berubah sebelum terlamabat .
KEPADA PEMBACA YANG BUDIMAN SEKALIAN :
Elakkan diri dari menjadi "tabaruj" ketika berhias diri ok ...
:)
Han bangul han bangul tto nae gaseume heulleo naerinda
Ureodo ureodo jiwojiji annneun gieogeul ttara
Oneuldo bin nae gaseumeul tto jeoksinda
LYRIC IN ENGLISH :
We used to love during the many days we were together
We used to hurt together- making each other’s pain our own
Where are you? Can’t you hear my voice?
My pained heart is looking for you
Is calling out to you- crazily
My heart, my tears, my memories of you
Drop by drop, they are falling against my chest
Though I cry and I cry, the memories won’t erase
And again today, I drench my empty heart
We used to like each other- you laughed at my smile
We used to cry together- you were pained by my tears
Where are you? Can’t you see my tired body?
My pained heart is looking for you
Is calling ou to you – crazily
My heart, my tears, my memories of you
Drop by drop, they are falling against my chest
Though I cry and I cry, the memories won’t erase
And again today, I drench my empty heart
Please come back to me- I call out your name every night
And in my exhausted waiting, I wander around and look for you
My love, my tears, our memories
Drop by drop, they are falling against my chest
Though I cry and I cry, the memories won’t erase
And again today, I drench my empty heart
VIDEO :
When I litsen this song for the first time ..
it touched my heart .
For me , this song is all about the person that we love and care about them so much but in the end , they had to leave us for their own reason .
What can I say is we have to appreciate the person that we love and care so much such as our family and friends .
You know why ?
It is because once they leave us , is is so hard for us to keep in touch and spend our time together with them again .
So , in short , we have to appricate them and love them as much as possible . >,<''
The moment we had gone through together with that person will be the sweet memories that won't be erase from our mind .
Love them ok .. ^^,v
TO ALL DEAREST READERS :
thanx a lot for spending your time to read this entry and kindly litsen and watch the video .
Do visit my blog again and love the person that called "friend" and "family" as much as possible with all of your heart ok ..
^^,v''
# I do not mind if I do not have a boyfriend ,
But I will mind if I do not have family and friend .
Sekitar pengunguman keputusan SPM 2011 yang lalu ...
Alhamdulillah , semuanya berjalan lancar dan Wawa terima keputusan itu dengan berlapang dada dan mengharap agar Allah memberikan Wawa peluang dan rezeki yang lebih luas pada masa hadapan ..
ye lah , siapa yang tak nak tawaran sambung belajar dan biasiswa kan ... ^^.v
Tapi , tipulah kalau Wawa kata Wawa tak tersentap dengan keputusan itu . Sementara Wawa tengok kawan-kawan yang lain ambil keputusan mereka di pentas dewan itu , Wawa rasa macam tak ada perasaan . *blurr * Masa itu , Wawa cuma mampu berserah segala-galanya kepada Allah .
Bila Wawa dah dapat keputusan itu , Wawa tengok .. " haaa.... urmmm , tak lepas target ? " itu yang terdetik dalam hati Wawa . Rasa sedih terus menguasai hati .
Masa itu , hanya mampu diam mengunci bibir dan beristighfar sebanyak mungkin . Masa ambil keputusan tu , nasib baik ada Kakanda Wawa yang bagi kata-kata semangat agar Wawa tabah menghadapi dugaan dari Yang Maha Esa itu . Mungkin ada 1001 hikmah Wawa dapat sebegitu .
Begitu banyak perkara yang Wawa fikir masa tuh . Air mata keluar juga sebab dah tak boleh tahan lagi . Sibuk memerhatikan gelagat rakan-rakan yang lain juga turut menangis . *tak tahulah mereka nangis sebab apakan * Wawa sedih masa tuh sebab pengakhiran Wawa di sekolah itu agak kurang baik . Tapi entah kenapa , adalah seorang kawan Wawa masa tuh kata : " alah ok lah tuh , cuma satu subjek jer yang tak lepas target " Wawa tersentap untuk kali kedua . Wawa kata dalam hati , " sememangnya kamu tidak faham apa yang saya rasa " Bukan kerana apa , Wawa tekad sebelum SPM , sejak tingkatan 4 lagi , begitu banyak perkara yang terjadi di sekolah sehingga membuatkan Wawa kadang kala rasa sedih , menangis , dan rasa hendak melakukan sesuatu yang terbaik untuk SPM 2011 . Tetapi , apa yang diharapkan tak menjadi .
Sekarang nih , betullah orang kata , " kita hanya mampumerancang , Allah yang akan menentukannya .
Bila sampai di Palace Wawa , lega sikit hati nih .
Alhamdulillah , Bonda dan Ayahanda Wawa boleh terima keputusan itu .
Tak lama lepas tuh , Wawa dapat satu panggilan dari salah seorang rakan sebaya yang sudah lama tidak jumpa sebab lain sekolah . Dia telefon bukan nak tanya khabar , tapi hanya nak tanya keputusan sahaja . Bukankah begitu hebat tamparan itu ..? Seketika Wawa terfikir , mana letaknya nilai-nilai persahabatan kita ? OK lah , tahniah kepada anda kerana telah berjaya . Ni dialog kami seterusnya :
DIA : So , lepas nih , kau nak ambil bidang apa ? WAWA : entah , ambil kursus menjahit kot . DIA : kalau macam tuh , baik kau terus kahwin sahaja .
CUKUP ! KAMU SUDAH BUAT HATI SAYA TERSENTAP , TERUSIK DAN TERKEDU UNTUK KALI KETIGA DALAM MASA SEHARI INI ! KAMU TAHU TAK SAYA SEDANG CUBA BANGKIT SEMULA , PUJUK HATI DAN REDA BAHAWA KEPUTUSAN YANG CEMERLANG MUNGKIN TIDAK MENYEBELAHI SAYA KALI INI . BUKANKAH KAMU SEHARUSNYA LEBIH FAHAMI SAYA KERANA KITA SUDAH LAMA KENAL ? BUKANKAH KAMU SEHARUSNYA MEMBERI SEMANGAT KEPADA SAYA UNTUK MENGHADAPI DUGAAN DARI ALLAH INI ? MUNGKIN REZEKI TIDAK MENYEBELAHI SAYA KALI INI , DAN MUNGKIN ALLAH INGIN MEMBERI SESUATU YANG LEBIH BESAR DARI KEPUTUSAN SPM INI KEPADA SAYA .. SIAPA TAHU ? KAMU TAHU ITU SEMUA ? KAMU TAHU APA YANG ALLAH TELAH ATURKAN UNTUK KAMU DAN SAYA ? KAMU TAHU APA YANG TELAH ALLAH ATURKAN UNTUK MASA DEPAN KAMU ? TENTU TIDAK BUKAN ...? SEMEMANGNYA ALLAH TELAH MENGATURKAN REZEKI KITA . KENAPA KAMU INGIN MERENDAH-RENDAHKAN PEKERJAAN TUKANG JAHIT SEDANGKAN PEKERJAAN ITU HALAL ..? SAYA TAHU KAMU INGIN MENGEJAR PEKERJAAN BERSTATUS TINGGI , TAPI , JANGANLAH SEHINGGA BERKATA SEDEMIKIAN . JIKA TIADA TUKANG JAHIT , APA YANG AKAN KAMU PAKAI ? KAMU ADA TERFIKIR ? JADI MENGAPA HARUS KAMU BERKATA SEDEMIKIAN SEDANGKAN ILMU DI DADA KAMU LEBIH TEBAL DARI SAYA ? WALAUPUN KEPUTUSAN KAMU CEMERLANG , TAPI TIDAK BERERTI YANG KAMU BERHAK BERKATA APA SAHAJA . BUKANKAH HALAL PEKERJAAN ITU ? BUKANKAH MANUSIA ITU SEHARUSNYA MENJADI SEPERTI PADI ? PADI SEMAKIN BERISI , SEMAKIN MENUNDUK . MANUSIA , SEMAKIN BERILMU , SEMAKIN MERENDAH DIRI . USAHLAH KAMU MENGULANGINYA LAGI . SAYA MEMBERI PERINGATAN BUKAN UNTUK KAMU SAHAJA , MALAH UNTUK DIRI SAYA JUGA . MUHASABAHLAH DIRI KITA INI . * * * kenapa begitu yah ? * MUHASABAH DIRI * Sebenarnya , Wawa tak habis cakap lagi . Wawa nak cakap , Wawa nak jadi tukang jahit manusia . maksudnya , doktor pakr bedah . Insya-Allah , kalau diizinkan Allah dan jika tiada aral yang melintang . Doakan Wawa berjaya yah !
Tamat panggilan itu , Wawa pun hantar mesej kepada Fatihah . Wawa , Fatihah dan Dia memang dah kenal lama sejak darjah 1 lagi . Ni , Wawa nak kongsi apa yang Fatihah type :
" aku dapat _A jer . aku bersyukur dan bangga pada keputusan dan diri aku walaupun aku tak secemerlang orang lain . lepas nih , aku nak ambil syariah , kau doakan aku . "
masya-Allah ! " lapangnya dada dia " detik hati Wawa bila baca mesej dari Fatihah .
Timbul kesedaran dan keinsafan dalam diri Wawa . Wawa terfikir , kenapa Wawa nak sedih ? Percayalah , rezeki itu ada di mana-mana sahaja . Kalau Wawa sedih pun , bukannya dapat ubah apa-apa pun . Walaupun Wawa kurang berjaya kali ini , tak beerti Wawa akan gagal selamanya . Tiada siapa tahu apa yang telah Allah aturkan dalam kehidupan kita .
Terima kasih Fatihah sebab sedarkan Wawa .
Terima kasih ya Allah kerana memberi kesedaran kepada hamba-Mu yang kerdil ini . Terima kasih Bonda , Ayahanda dan Kakanda Wawa yang banyak membantu . Terima kasih cikgu sebab mengajar Wawa . Terima kasih sahabat-sahabat sekalian kerana berusaha dan berdoa untuk kejayaan kita bersama ini . * * * SEMOGA KITA SEMUA BERJAYA DALAM APA JUA BIDANG YANG KITA CEBURI . SEMOGA ALLAH MELANCARKAN DAN MEMUDAHKAN SEGALA URUSAN KITA DI AKHIRAT DAN DUNIA . SEMOGA ALLAH MEMAKBULKAN SETIAP HAJAT BAIK KITA DI AKHIRAT MAHUPUN DI DUNIA .
# harus terus berdiri di kaki sendiri dan optimis
KEPADA PEMBACA YANG BUDIMAN SEKALIAN : maaf jika bahasa yang Wawa guna agak kasar . jangan ambil hati ...sekadar renungan bersama. terima kasih kerana meluangkan masa untuk membaca post Wawa kali ini .
Apapun , kali ni , Wawa nak kongsi sedikit dengan pembaca blog Wawa yang budiman
sekalian .
Cuba baca tajuk post ni .. alahh ,, yang kat atas tuh ...
* mata mencari-cari tajuk post yang dimaksudkan *
Tajuk : Maksud di sebalik warna bunga ros ..
haa... tahu tak ,setiap bunga ros itu ada maknanya yang tersendiri tau .
Siapa tahu , angkat kening sebelah ..
haaa... acam mana tuh .. haha .. :P
Yang mana tak tahu tu , atau yang masih samar-samar mengenai hal ini , Wawa ajak pembaca budiman sekalian untuk membaca post Wawa kali ni .. ok ? ~
Nak mula dengan warna apa dulu erk ?
Warna putih , ok tak ?
ROS PUTIH .
Ros putih melambangkan kesucian , kehormatan , keperibadian dan juga rasa tidak
bersalah .
Bunga ini juga biasa dilihat ketika waktu perkahwinan . Yang memberi bunga ros warna putih ini juga melambangkan yang pemberi ini juga seorang yang berniat tulus ikhlas dalam perhubungan. haa ... *sweet *
tuhdiaa ** haha..
ROS MERAH
Ros merah nilah yang paling laris di kedai bunga tau . Macam pisang goreng panas .
huhu ...
Bunga ros warna merah ni melambangkan cinta yang romantik .
Tapi pembaca yang budiman sekalian tahu tak , bunga ros warna merah juga diberi kepada seseorang sebagai tanda keberanian dan untuk mengucapkan tahniah kepada seseorang itu ..
ROS PINK/ MERAH JAMBU
Cantik ! Ros warna pink nih .
Ros pink nih maksudnya ... anda gay ..???
ha... tak lah ... gurau saja yah.. jangan marah .. m_m'
Ros pink ni melambangkan romantik , kebahagiaan dan tanda kita minat terhadap seseorang tu .
Ada minat sesiapa tak ? kalau anda minat kat seseorang tuh , anda boleh beri mereka ros pink sebagai tanda anda ni " secret admirer " si dia tuh .
Andai kata anda terhutang budi sangat-sangat dan ingin sangat ucapakan terima kasih kepada seseorang tuh , bunga ros pink nih juga sesuai untuk dijadikan pilihan.
Selain itu , kalau anda terlihat ada lelaki yang selit ros pink nih di poket kot mereka.... maknanya... hurmmm .... faham-faham sendirilah yer ..
tapi apapun , warna pink nih memang sweet lah kan .
ROS KUNING
Biasanya , orang akan " frust " bila dapat ros kuning ..
Ros kuning ni melambangkan perahabatan . Jadi , kalau anda dapat ros warna kuning nih ... faham-fahamlah ya ! hik ~
Selain itu , ros warna kuning ini juga diberi sebagai tanda kita nak ucapkan selamat datang atau " welcome back " .
Kalau ada wanita yang baru bergelar ibu , ros kuning ini juga sesuai untuk diberi kepada mereka .
Ros kuning juga sesuai diberi kepada mereka yang bergraduasi .
kalau Wawa bergraduasi pun , Wawa nak juga ros pink.. tak nak ros kuning.
haha * demand pulak ! *
ROS PEACH
Ros peach nih membawa maksud kesyukuran . Ros ini juga sesuai diberi kepada orang yang sakit sebagai tanda simpati kita kepada si pesakit . Jadi , lepas nih , kalau nak ziarah orang sakit , bagilah bunga nih .
Bunga nih juga sesuai untuk diberi kepada mereka yang tengah sedih .. sedih sebab putus cinta ke ... atau sedih sebab apa-apa .
Tapi kalau orang tuh tengah sedih janganlah pula kasi ros hitam .. nanti makin sedih pulak orang tuh ..
ROS OREN/JINGGA
Ceria pula bila tengok ros oren ni .
Ros oren nih bermaksud " aku bangga terhadammu " atau " aku inginkan kamu "
Warna oren yang ceria ini memberi aura tenaga dan juga harapan untuk mendapatkan kebahagiaan dalam perhubungan .
Bak kata fairy tale , " they live happy ever after "
hik ... ~ memandai jer Wawa nih ..
ROS UNGGU/PURPLE
Wahh ! bila tengok ros purple nih ... cantiknya !
Wawa nak ros purple cam nih .. :P
Ros purple ni membawa erti tanda cinta juga tapi lebih kepada cinta pandang pertama .
Ros ni melambangkan kemegahan dan rasa cinta yang terpendam dan tidak terucap .
ROS BIRU
Wawa sebenarnya tak pernah tengok bunga ros biru sebelum ni .
Tapi , cantik juga erk bunga ros biru nih ..
Biasanya , ros biru nih bererti sesuatu yang tidak mungkin atau mustahil untuk tercapai .
Bak kata lagu Elyana , tak tercapai di akalmu .
alahh ... lebih kurang " mission impossible " gituh ..
ROS HITAM
huh ... nampak macam tragsi jer bila tengok ros hitam ni ~!...
Sekali tengok macam bunga ros yang dah kering .. tak pon macam bunga yang dah terbakar .
hehe ..
Bunga ni melambangkan kesedihan dan selamat tinggal .
Ros hitam ni juga bermaksud keinginan untuk memulakan kehidupan yang baru dan ingin melupakan perkara lepas .
# rasa-rasanya kalau diberi pilihan , anda nak bunga ros warna apa ?
Kalau Wawa .... aishh ~~
biar Wawa sahaja yang pergi beli sendiri yah ~
haha.. :P
*gituhh..
KEPADA PEMBACA YANG BUDIMAN SEKALIAN :
terima kasih kerana membaca post Wawa kali ini ..
Harap post ini dapat memberi anda serba sedikit info yang berguna .